SEJARAH RINGKAS 

                    SK   SUNGAI SULOH

Sekolah Kebangsaan Sungai suloh terletak di Pekan Kampung Sungai Suloh.  Jaraknya ialah kira-kira 12 km dari bandar Batu Pahat.   Bangunan ini terletak di atas sebidang tanah seluas 2e 3r 35p,  terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat, tiga bangunan satu tingkat, sebuah kantin sekolah, sebuah rumah guru serta sebuah padang.

Sekolah ini diasaskan semenjak tahun 1929 oleh penduduk-penduduk tempatan.  Ianya merupakan sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu bakau, dibina dengan hasil usaha permuafakatan penduduk setempat.  Bangunan sekolah asal ini terletak kira-kira 200 meter jauhnya dari tapak sekolah yang ada sekarang.

Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh telah diiktiraf sebagai sebuah sekolah kerajaan mulai tahun 1936.  Bilangan pelajar pada ketika itu berjumlah lebih kurang 70 orang.  Guru Besar yang pertama ialah Encik Mahmood bin Iman (Allahyarham).

Bangunan Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh berpindah ke tapak yang ada sekarang pada tahun 1958 di atas lot no. 441 yang didermakan oleh Tn. Hj. Md. Diah bin Esa (Allahyarham).  Ia terdiri daripada dua buah bangunan satu tingkat (JKR 819 dan JKR 820) berukuran 84' x 24', dan 98' x 24' dan sebuah rumah guru (JKR 821) berukuran 44' x 20', dibina dengan perbelanjaan sebanyak RM60,000.00.  Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YB. Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Encik Mohd Khir bin Johari pada 15 Februari 1959.

Dengan adanya bangunan baru ini, pelajar-pelajar dapat belajar dengan lebih selesa.  Bilangan pelajar pula semakin bertambah dengan adanya pertambahan penduduk di kampung ini.  Pada tahun 1980, Kementerian Pendidikan telah membina sebuah bangunan tambahan iaitu sebuah bangunan dua tingkat (JKR 1736) berukuran 110' x 24' yang mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah pejabat, sebuah pejabat Guru Besar, 4 buah bilik air/tandas dan 2 buah setor.  Turut dibina ialah sebuah bangunan Kantin Sekolah (JKR 1737) berukuran 60' x 24'.  Keseluruhan projek menelan belanja sebanyak RM105,000.00

                                   blomma.gif (9114 bytes)SCHOOL HISTORY          

Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh is situated in a small town named Kampung Sungai Suloh.  It is about 12 km from the town of Batu Pahat.  The school building stands on a piece of prime land measuring about 2a 3r 35p.  It consists of a two-storey building, 3 single-storey buildings, a canteen, a teachers' quarter and a field.

Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh was first founded in 1929 by the local population.  It consisted of a small wooden hut of bakau wood.  It was build by the local people.

The school was taken over by the government since 1936.  The enrolment of the pupils at that time was 70 pupils.  The first headmaster was Encik Mahmood bin Imam.

The school was shifted to the present site in 1958 on lot no. 441 which was donated by Tn. Hj. Mohd. Diah bin Esa.  It consists of 2 one-storey building (JKR 819 & JKR 820) measuring 84' by 24' and
98' by 24' and a teachers' quarter (JKR 821) measuring 44' by 20', with a total cost of RM 60,000.00.  With the construction of the new building, the pupils are enable to study in confort.  The school was officially declared open by the  then Minister of Education Encik Mohd Khir bin Johari on 15 Feb. 1959.

As the pupil-population increased, the school building was unable to accomodate them.   Here, in 1980, the Ministry of Education build another additional two-storey building (JKR 1736) measuring 110' by 24' which houses 4 class-room, office, toilets and store-room.  At the same time, a new canteen (JKR 1737) measuring 60' by 24' was constructed.  The whole new project cost about RM 105,000.00

                                                  

                             Senarai nama-nama Guru Besar SK Sungai Suloh
                                       LIST OF PRINCIPALS SK SUNGAI SULOH.

Bil. Nama Guru Besar Tahun/Tempoh Berkhidmat
  1. En. Mahmood bin Imam 1936 - 1937
2. En. Mohamad bin Md. Diah 1937 - 1941
  3. En. Jasmon bin Md. Said 1941 - 1942
  4. Tuan Haji Manaf bin Mohd Dom 1942 - 1944
  5. En. Mohamad bin Md. Diah 1944 - 1940
  6. Tuan Haji Daud bin Hj. Ibrahim 1960 - 1962
  7. Tuan Haji Anis bin Hj. Ihsan 1962 - 1963
  8. Tuan Haji Maslan bin Haji Kastawi 1963 - 1973
  9. Tuan Haji Abdullah bin Aji 1973 - 1980
10. Tuan Haji Md. Yusof bin Hj. Salleh 1980 - 1982
11. En. Abd. Mutalib bin Busu 1982 - 1986
12. Tuan Haji Ahmad bin Mohd Yasin PIS 1986 - 1992
13. En. Daim bin Asar PIS 1992 - 1996
14. En. Md. Khirom bin Ab. Rahman 1996 - 1997
15. En. Abd. Jalal bin Masrom PIS 1997 - 1999
16. En.Melan Bin Hamim 1999 - sekarang

                                                  
                                   SENARAI NAMA GURU SK SUNGAI SULOH
                                            LIST OF TEACHERS SK SUNGAI SULOH                                                                                                                                               

rose.gif (26537 bytes)

Nama Guru

Jawatan/Opsyen

Mula di SKSS

1.

En.Melan Bin Hamim Guru Besar / Am 01.12.99
2. Pn. Hjh. Turidah bt. Sawiran PGB Pentadbiran / Am 01.01.85
3. Pn. Hjh. Norzilah bt. Rubai PGB Hal Ehwal Murid / Am 01.01.69
4. En. Hairurazi bin Adam PGB Ko-Kurikulum / Pengajian Melayu 01.12.94
5. Pn. Rosadah bt. Othman Guru Agama / Agama 01.12.93
6. Pn. Haniza bt. Hamzah Guru / Pra 01.12.93
7. Cik Madzlina bt. Ali Guru / Matematik 01.01.97
8. Pn. Saonah bt. Kasim Guru / Pra 01.01.98
9. Cik Ariza bt. Md. Said Guru / Sains 05.01.98
10. En. Abd. Rahman bin Isnin Guru / Bahasa Inggeris 01.04.98
11. En. Ahmad Nazri Bin Kosni Guru / Pengajian Melayu/Sains 01.01.00
12. En.Muzaini Bin Omar Guru / Muzik/PJK 01.01.00
13. En.Mohd.Karim Bin Jais Guru/Pengajian Melayu 01.01.00
14. Pn.Hjh.Fatimah Bt Sayuti Guru / Bahasa Inggeris 01.01.01
15. Pn. Latifah Bt Samadi Guru / Muzik 01.01.01
16. Pn.Wan Rohani Bt Wan Sulaiman Guru/Pengajian Melayu 01.04.01
17. En. Wan Ramlee Bin Wan Ismail Guru Agama / Agama 01.07.01
18.